Total Hits

Friday, March 30, 2012

ZAMAN PRASEJARAH

 
Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman PaleolitikZaman MesolitikZaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.
Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:
·         Zaman Paleolitik di Malaysia
·         Zaman Neolitik di Malaysia
·         Zaman Logam di Malaysia

Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit JawaLenggong,Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada Zaman Paleolitik.

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong. Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba.

No comments:

Post a Comment