Total Hits

Friday, March 30, 2012

ZAMAN PRASEJARAH 2


Paleolitik (Zaman Batu Awal)  40,000-35,000 tahun dahulu

Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orangMelayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah mereka.





Ciri-ciri penempatan

Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.
Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau dikenali sebagai Perak Man dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan ialah 154-160cm.

Kegiatan dan peralatan
Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :
§  Kapak Genggam
§  Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
§  Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
§  Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat


Kepercayaan

Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.



Lokasi di Malaysia
§  Kota TampanPerak - 1989
§  Bukit Jawa, Perak - 1996
§  Bukit Bunuh, Perak - 1987
§  Gua NiahSarawak - 1975
§  TingkayuSabah - 1992

LUKISAN DINDING , GUA NIAH


 

Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) 35,000-10,000 tahun dahulu

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.



Neolitik (Zaman Batu Baru) 10,000-5,000 tahun dahulu


Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu.[1] Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang) Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.

Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.
Mereka tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Kegiatan dan peralatan

Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga.Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.[3]
Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter.
Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan mereka.

Kepercayaan
Mereka mengamalkan kepercayaan animisme.Animisme bermaksud menyembah batu,matahari dan lain-lain lagi kerana mereka mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati


Lokasi di Malaysia
§  Gua Cha di Kelantan






Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.


 Zaman Logam2,500 tahun dahulu

Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemymenamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).

Ciri-ciri penempatan

Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan dan peralatan

Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.



Kepercayaan

Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.

Lokasi di Malaysia
§  Sungai Muar, Johor
§  Sungai Langat, Selangor




No comments:

Post a Comment