Paleolitik (Zaman Batu Awal) 40,000-35,000 tahun dahulu
Manusia-manusia
awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan.
Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai
sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan
sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini
dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orangMelayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di
Malaysia adalah mereka.
Pada Zaman
Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari
kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.
Biasanya
mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga
mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang
Perak atau dikenali sebagai Perak Man dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit
Kepala Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua kakinya terlipat ke
atas dada).Perak Man hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di
percayai meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan
ialah 154-160cm.
Kegiatan dan peralatan
Di antara kegiatan yang mereka lakukan
ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya
sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan
seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan
seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat
batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Antara penemuan Zaman Paleolitik di
Malaysia ialah :
§ Kapak Genggam
§ Alat repihan yang digunakan untuk meraut
dan memotong
§ Alat penetak yang digunakan untuk
menetak pokok dan memotong daging
§ Manusia Perak, iaitu rangka manusia
yang dikebumikan dengan kaki terlipat
Kepercayaan
Dalam bab
kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan
pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan
upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat
dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.Mereka
juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit
kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan
gelang.
Lokasi di Malaysia
Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) 35,000-10,000 tahun dahulu
Pakar-pakar
Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu
Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah
ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara
berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju.
Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
Neolitik (Zaman Batu Baru) 10,000-5,000 tahun dahulu
Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu
kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun
dahulu.[1] Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja
menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.
Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga
menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar
barang) Masyarakat mula mengetahui cara-cara
membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara
berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.
Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini telah mula wujud sistem
bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.
Kegiatan dan peralatan
Pada Zaman
Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga.Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu.
Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan
menghaluskan kulit kayu.[3]
Pada zaman
ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.Selain itu mereka juga memburu
haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka
turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter.
Mereka juga
mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan mereka.
Kepercayaan
Mereka mengamalkan kepercayaan animisme.Animisme bermaksud menyembah batu,matahari dan lain-lain lagi
kerana mereka mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati
Lokasi di Malaysia
Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang
ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun
dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.
Zaman Logam2,500 tahun dahulu
Semakin ramai
manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu
menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut
yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur
Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemymenamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas).
Ciri-ciri penempatan
Pada zaman
ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu
tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan
ada yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini
mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan peralatan
Mereka
menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang
liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara
tukar barang.
Di antara
alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka
juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka
gunakan.
Kepercayaan
Pada Zaman
Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka
turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga
pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.
Lokasi di Malaysia
§ Sungai Muar, Johor
§ Sungai Langat, Selangor
No comments:
Post a Comment